Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Tuesday, May 27, 2014

SELIPAR BAPA

"Fuuhh...Fuuhh.."

"Kau dari mana ni Salim? Kenapa tercungap semacam?"

Salim yang muncul entah dari mana, aku sapa. Aku urut belakang Salim. Moga-moga hilang la sedikit cungapnya. 

"Aku dari rumah ni. Jom-lah cepat gerak ke masjid. Dah iqamat tu."

Itulah Salim. Antara sahabat yang sentiasa menjaga solatnya. Dan yang penting, seorang yang juga peduli tentang solat sahabatnya yang lain.

"Amboi, aku yang jalan lagi laju dari kau. Tengok tu, masih tercungap lagi tuh." Gurau aku dengan Salim.


Wednesday, March 27, 2013

SHHHHHH...


      Aku berlegar di ruang utama KL Sentral. Mencari-cari musolla untuk menunggu masuknya solat maghrib. Ah, penat seharian memang akan hilang andai disentuh air wudhu'. Allahu rabbi.


     Sampai di musolla, aku lihat tak berapa ramai orang di situ. Kebanyakkan mereka sedang menunggu masuknya waktu maghrib. Ada juga, yang masih berjemaah, menunaikan solat asar, mungkin.


     Kucari suatu sudut di musolla, ingin merehatkan badan dan melepaskan peluh. Nikmat terasa apabila dapat menyandarkan badan pada dinding musolla.


Monday, September 10, 2012

KISAH AKU DIPUKUL


Assalamualaikum w.b.t.
Pernahkah anda dipukul ?
Yang sakitnya tak terperi ?
Yang parahnya membekas di hati ?
Sukar sekali digambar.
Dengan kata2 yang dihambar.

Friday, September 16, 2011

JUST BEFORE A SECOND TOO LATE


“Just look at the stars. They’re all glancing at you with their smiles as they hope the same from you. Please get rid of your priceless tears so that they wouldn’t fall and shade the beauty of the stars.”

Monday, July 18, 2011

ABANG, ADILKAH TUHAN ITU??

      Seusai solat, ku labuhkan jasadku atas sebuah pondok usang yang tercantum dari kepingan papan keringat seorang ayah. Lantas memori kukisarkan melewati silam-silam berduka berteman rintis air mata. Purnama redup dalam nurnya, menyelimuti kepiluan atmaku seolah mengerti gelombang yang berombak dalam setiap nadiku. Pungguk terus bersahutan, menyulam bait irama melankolik, melitup kesuraman malam di alam sarwajagat. Begitu tenang alam ciptaan Allah mengalunkan zikrullah padaNya.

Saturday, July 9, 2011

KELUHAN SI PENDOSA


 Sudah simpulan fitrah, makhluk yang bernama manusia akan pasti menghadapi suatu detik di mana tangisan si ibu tidak akan dapat menyelamatkannya waima ratapan si bapa tidak akan dapat membantunya. Dan detik itu adalah detik kematian. Detik roh akan meninggalkan sekujur tubuh terkaku di perbaringan, membawa bersama amalan duniawi menuju destinasi yang paling pasti iaitu ukhrawi.