Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Monday, September 10, 2012

KISAH AKU DIPUKUL


Assalamualaikum w.b.t.
Pernahkah anda dipukul ?
Yang sakitnya tak terperi ?
Yang parahnya membekas di hati ?
Sukar sekali digambar.
Dengan kata2 yang dihambar.


Inilah cebis pengalaman. Aku titip buat pedoman.
Insan yang baru bertatih. Usah cepat letih.
Kisah aku dipukul yang aku tak kesah. 

Kisah ini aku alami ketika menunaikan umrah di tanah suci bulan ramadan yang lalu. Hadirnya aku dengan bunga2 harapan moga kelam2 dosa semalam akan berjaya kukikis dari buku amalanku. Hadirnya aku dengan waruman2 titipan agar buah2 amal akan membenih sesuburnya untuk meraih cintaNya.

....CINTA TERAGUNG....

Suatu Hari Di Bulan Ramadan, Di Waktu Petang
 Hari Tak Hengat

Suasana di Masjidil Haram kian sesak dengan kehadiran jutaan hamba2 Tuhan yang datang dari segenap penjuru bumi. Pelbagai warna kulit, bahasa , gaya etc namun dipertemukan atas tunjang yang sama. Akidah Islamiyyah. Alhamdulillah.

Alkisahnya, selepas solat kaki terasa berat nak melangkah keluar. Belum puas rindu menatap Kaabah yang sebelum ini hanya diintai dari telebesen. Belum puas iktikaf di Holiest Place (tempat paling suci) bagi umat Islam agaknya. Lantaran itu, ku duduk sebentar melepas lelah.
Ku selak beberapa helaian al-Quran seraya membacanya.
Cuba memahami dan menghayati walau sedikit sukar.
Mesej Tuhan kepada yang beriman.
Takkan sesat andai terus berpegang.

Berhenti seketika.
Melontar pandangan pada sekeliling.
Subhanallah. Indahnya. 
Manusia berlumba untuk meraih cinta Pencipta.

Tertancap bebola mata.
Suatu figur manusia melambai.
Ya. " Dia panggil kau la"
Monolog diam berbisik kecil.

Semomen pertemuan menyemai perkenalan. Sebingkis perkenalan menyubur perbualan. Seringkas perbualan insyaAllah membunga persefahaman.
Taaruf sebagai pemula bicara, meluah rasa, membibit ukhwah kerana Pencipta.

" Ana misri " (Saya orang Mesir)
" Ana malizia. Te'rif malizia ?" (Saya orang Malaysia. Awak tahu Malaysia?)
Bla.. Bla.. Bla..

Sampai suatu ketika si arab mesir ini bertanya.

Arab Mesir : Berapa kali awak dah khatam Quran di bulan Ramadan?
Saya : Erkk.. (terkejut) Saya baru habiskan __ kali !
Arab Mesir : Wallah. Apa la syabab2 sekarang. Korang ni PEMALAS. Sepatutnya korang yang kerjanya hanya belajar kena khatamkan Quran banyak kali. Aku yang bekerja ni pun dapat habiskan __ kali. Ish ! (mungkin sedikit kesal)
Aku : Sebenarnya.. Bla.. Bla.. (terasa bagai gunung kinabalu diangkat dan dihempas atas kepala je)

....PEMALAS....
*nah.. ambek kau.. kan dah dapat sedas.. 

Apapun semenjak itu jiwa jadi resah memikirkannya.
Direct message Allah bagi kat aku.
Wasilahnya dari Arab Mesir tu.

Selepas pulang ke irbed, beberapa hari lepas raya. Waktu malam berteman bintang dan rembulan.
Aku hapdate la status ni.

" Tika mata masih belum layu, aku kesima dan malu sendirian.

Ilmuan dulu, merekalah doktor penawar jasmani dan rohani. Pada masa yang sama, merekalah ahli hadis dan penjunjung Quran.

Avicenna dan Abulcasis. Nama mereka gah menerjah persepsi Barat sehingga ilmu mereka dicedok sebagai rujukan.

Pemuda dulu cita-cita dan cinta setinggi langit, julangannya semarak api dan pasaknya segah gunung.

Al-

Fateh mereliasasi misi penuh perit menakluk Constantinople. Ashabul kahfi dirakam kisahnya, lambang pertahanan iman yang jitu.

Penulis dulu karyanya begitu lembut membelai jiwa. Kisarnya pena perihal pembaikan cela dalam masyarakat. Diadun iman dengan kalimah 'لا اله الا الله ' .


Hidup di bayangan Quran begitu indah. Fi Zilal Quran tinta jemari Syed Qutb tika di penjara dimemoir sebagai pedoman kita
.

Apa beza AKU dan MEREKA?

Ya Allah !


Jadikanlah aku sebagai doktor segah mereka. Merawat fizika yang tampak di mata dan luka hati yang bernoda.


Jadikanlah aku sebagai pemuda sebesar jiwa mereka. Melaung keperkasaan untuk ummah dan membebaskan Palestina dari terus dimamah.


Jadikanlah aku sebagai penulis yang indah kalamnya. Melebar tinta demi tinta menyedarkan insan yang masih lalai dalam tiduran panjang.


Mari menjadi hamba Allah yang hebat. "


Sesungguhnya bagi aku ada benarnya kalam beliau ( si arab mesir tu ).
Andai la malas kita terus dibiar meraja jiwa, maka jangan mimpi misi membina khalifah akan tertegak.

.....JANGAN SEKALI-KALI MIMPI.....

Alhamdulillah. Inilah cebisan pengalaman yang aku belajar di haramain ( Makkah dan Madinah). Kisah aku 'dipukul' dengan kata2 yang ringkas tapi menusuk begitu dalam. 
Sebenarnya banyak lagi ingin dikongsi.
Namun, biarlah sebahagian aku sorok di lubuk hati.

Moga aku bertemu dan bertamu lagi di haramain.
Bertemu menambah mutu, berpisah menambah jitu.
Teringat suatu kata2.
" BERTEMU TIDAK JEMU, BERPISAH TIDAK GELISAH "

2 comments:

  1. masya allah sheikh. jujur ana katakan ana tidak mampu beribadat sehebat sheikh, bak kutub utara kutub selatan andai dibandingkan dgn sang masri alim itu. tapi ana kesal dgn kata pujangga sang masri. andai bilangan khatam quran menjadi ukuran ibadahku, nescaya ana lah org yg paling rugi dlm dunia ini kerana tidak memanfaatkan masa seadanya

    ReplyDelete
  2. setuju !

    tapi ana lihat dari perspektif 'pujangga' " PEMALAS " secara generalnya dengan realiti umat Islam sekarang ( pemuda2 khususnya )

    pointnya, kita kena lebih semangat dan berazam jitu !
    :) :)

    ReplyDelete

MAKRIFAT OASIS