" Alah, dia ni asik2 hantar mcg. Islamik konon. Ntah pape. Bajet nak mam. Kongsi ayat la segala bagai. " Monolog Muslih di keheningan syita suatu malam.
Terpalit ingatan Muslih pada suatu figura berambut kerinting, berkulit hitam manis. Imej ala-ala tabligh Saif kadang kala merimaskan Muslih.
" Ko kawan ngan mamat skemaaaa tu ? Mana stended dowh bro ! " syaitan cuba mengetuk tembok2 persahabatan yang mereka bina dengan kepercayaan utuh antara satu sama lain. Benar. Kadang2 berkawan tu bukan senang, kerana pasti ada jua yang kurang ber'kenan' dengan ikatan tersebut.
Hati Muslih tetibe panas. Dia nekad untuk menyuruh Saif berhenti menghantar mcg2 islamik yang selalu di hantarnya di kala malam.
" Salam, bro. Aq harap ko stop la hantar mcg2 islamik ko tu. Jujur aku cakap aku rimas, tapi aku tetap appreciate. Dan satu lagi, tak payah la tunggu aku lagi kat stesen bas hari2. Kbye. "
Sent~~~
Muslih menunggu balasan Saif. Peluh jantan menitik. Ntah apa yang dirasanya, sukar dihurai.
" Aku tak suka orang mengata aku dengan dia. Friend until jannah la.. Eii.. Whatever.. "
" Wasalam. Ana minta maaf kalau anta tak suka. InsyaAllah, ana tak hantar dah lepas ni. Cuma, sebelum tu. Teringin ana nak kongsi ayat ni dengan anta. Az Zumar ayat 73. "
" Dan orang2 yg bertakwa kpd Tuhannya diantar ke dalam syurga secara BEROMBONGAN.... "
Assalamualaikum.
Ringkas dan mendalam. Maksudnya menerjah lubuk hati. Nuraninya menangis!
Krik..krik..krik...
Mentari menari-menari berteman serak cahayanya. Indah. Di stesen bas yang selalu menjadi tempat Saif menunggunya, hari ni nampak kosong. Sesuatu yang kurang.
~ah perasaan cuma.. Lupakan..
" Muslih, cepat ke hospital. Saif kemalangan pukul 11 semalam tadi Nampaknya, Tuhan lebih sayangkan dia. Sama-samalah kita berdoa untuknya. Moga rohnya ditempatkan bersama muslimin. " ingar suara Yus dari corong telefon SII nya. Suasana suram menyelimuti.
Kaki terasa longlai. Air mata tanpa sempat ditahan bercucuran. Terkenang segala mcg2 islamik, tazkirah dari sahabatnya itu. Selepas ini, tiada lagi mcg waktu malam yang akan diterimanya.
Sesalan mengisi ruang nafas Muslih. Arghhh....
Jenazah Saif selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam di tempat lahirnya. Alhamdulillah, pengurusan jenazah Saif dipermudahkan Allah. Segalanya sangat lancar. Salah seorang petugas memberitahu wajah Saif seolah-olah tersenyum dan sangat tenang lagi menyenangkan sesiapa yang memandagnya.
Sepanjang mengenal arwah, beliau memang terkenal dengan sifat tawaduknya, menghormati perasaan sahabt2 dan banyak lagi. Apabila suratan kematian datang menjemput, maka tiada insan mampu mempercepat atau melambatkannya hatta barang sesaat.
Malam tu, Muslih duduk di ruang tamu. Irbed dengan syitanya, begitu syahdu. Alunan zikir alam begitu menenangkan. Namun, entah mengapa hatinya belum tenang. Serba satu rasa tak kena. Padahal peperiksaan biostatistic tinggal lagi dua hari.
"Tit, Tit, Tit, Tit" bunyi satu mcg masuk ke peti masuk ( baca inbox) handphone Muslih. Dicapainya.
Dub dab. Dub dab. Dub dab.
From Saif ??
Getaran berlagu tanpa irama. Seolah gendang berpalu di ruang vacuum. Mata tertancap pada skrin. Biar benar.
Segera dia menekan open. Maka keluarlah mcgnya,
" Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain untuk dirinya sendiri . [29:6] "
Terlongo. Terkesima. Tersentap.
Di dailnya number Saif di samping kocakan dada yang berombak. Kedengaran suara seseorang di sana seusai salam diucap.
" Wasalam, oh Muslih. Saya kenal awak. Saif banyak bercerita pada saya tentang sahabat2 nya. Tapi, antara semua awaklah dia paling sayang kerana Allah. Pasti awak pelikkan, mcg yang awak dapat tu. sebenarnya, dia dah set kat hphone dia supaya mcg ni dihantar sekian sekian hari dan masa. Dia takut dia terlupa nak berkongsi ayat dengan awak. Tambahan awak nak exam kan. Inilah jambatan ukhuwah ke syurga yang dibina, maka Awak janganlah berhenti berdoa untuk arwah. InsyaAllah, kita semua dapat bertemu Saif di syurga Allah. "
Panjang Muslih termenung sambil satu soalan menerjah.
" Jambatan kehidupan dan ukhwah ini mana tujunya. Membawa menghuni syurgaNya atau menggelincir ke neraka yang azabnya sangat pedih."
Muslih mengmbil wuduk dan ke ruang solat. Dia ingin lebih banyak 'berbicara' dengan Allah sambil mendoakan sahabatanya itu. Moga bersatu di dalam syurga wahai sahabatku, Saif.
Wallahua'lam.

A very interesting post. Will come again for sure. Checkout just once mine one @
ReplyDeletehttp://freeprintablecalendar123.com/2016/10/04/october-2017-printable-calendar-blank-template