Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Monday, August 12, 2013

AKU BELUM FAHAM MAKNA UKHWAH


Allah berfirman :

" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai...." ( surah 'Ali Imran : 103 )

Jika ditanya apa antara perkara manis yang ingin dilegasikan kepada anak-anak atau generasi masa depan, sudah pastinya setiap insan punya jawaban tersendiri. Begitu juga aku.

Aku juga punya cerita sendiri yang aku harapkan boleh diteladani seandainya punya kebaikan padanya, aku juga punya momen realiti yang aku harapkan boleh diterjemahkan sebagai pedoman meneruskan kehidupan.



Menoleh sedekad lama, mungkin tika itu aku benar bukan seorang pria yang kenal apa makna ikatan ukhwah. Sekadar punya teman mengisi ruang dan masa, bermain di anak tangga, di hulu sungai ke muara, menebar nasib memerangkap tiung di hati hutan, kontangnya erti dan rasa.

Peluang melangkah luar dari bumi Malaysia menjadikan aku bersyukur. Senantiasa bersyukur selayaknya. Kerana di sini benar aku cuba difahamkan makna ukhwah serta persahabatan.

Sahabat dan ukhwah semestinya dua frasa yang sentiasa berdampingan. Terdampar di Tanah Syam, aku hanya ditemani sang sahabat dalam apa jua situasi, juga didamping tangis tak berlagu tika bicara di corong telefon menerobos suara ke bumi jelapang padi, kerana itu aku kian merasa akan suatu rasa untuk ingin terus berukhwah.

Sahabat. Ciptakanlah aku warqah dari pepohon menghijau semesta alam, berikanlah aku tinta dari rasa bahagia yang sentiasa kunjung mengisi sanubari, namun aku begitu pasti, ia masih belum cukup untuk kulakar satu persatu memoir indah kita.

 Aku benar-benar mengagumi kalian, yang punya pelbagai kelebihan, yang dikurniakan Tuhan untuk sentiasa inginkan berbuat kebaikan. Tulus dari relung hati, aku banyak belajar dari kalian. Tiada yang mampu terucap melainkan terima kasih seinfinitinya.

Namun, aku kadang-2 jua takut. Atas apa kita ukur ukhwah kita ? Kelebihanmu dan kelebihanku, parasmu dan parasku, kebijaksanaanmu dan kebijaksanaanku, atau selama ini kita masih lagi memerangkap diri dalam kepuraan ukhwah ?

Allah berfirman :

" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." ( surah Az-Zukhruf : 67 )

Ayuh sahabat. Kita bebaskan belenggu hipokritik. Kita musnahkan belenggu hasad dan benci yang sekian lama merantai diri. Kita tunaskan ukhwah dalam erti sebenar. Kita suburkan kefahaman ukwah yang diunjur nabi. Moga benar di akhirat nanti payung ukhwah akan mengiringi kita ke sorga.

Sejarah kelam kita lupakan, bermaafan kita ringankan, doa kita selitkan, jujur kita padukan, cinta kita sematkan, bernasihat kita lazimkan, berserah kita tawakkalkan.
Memoir Beraya di Perantauan












Dan ni gambar yang paling osem. Pffft~



Sekian. Moga bertemu di sorga~

1 comments:

  1. Follower ke : 119
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

MAKRIFAT OASIS