"Fuuhh...Fuuhh.."
Usai solat, aku menunggu Salim di pintu masjid sementara dia menunaikan solat rawatib. Di suatu sudut, aku terpandang sepasang selipar yang kelihatan sedikit buruk. Seperti dah bertahun lama digunakan. Iye, itulah selipar Salim.
"Kau dari mana ni Salim? Kenapa tercungap semacam?"
Salim yang muncul entah dari mana, aku sapa. Aku urut belakang Salim. Moga-moga hilang la sedikit cungapnya.
"Aku dari rumah ni. Jom-lah cepat gerak ke masjid. Dah iqamat tu."
Itulah Salim. Antara sahabat yang sentiasa menjaga solatnya. Dan yang penting, seorang yang juga peduli tentang solat sahabatnya yang lain.
"Amboi, aku yang jalan lagi laju dari kau. Tengok tu, masih tercungap lagi tuh." Gurau aku dengan Salim.
Usai solat, aku menunggu Salim di pintu masjid sementara dia menunaikan solat rawatib. Di suatu sudut, aku terpandang sepasang selipar yang kelihatan sedikit buruk. Seperti dah bertahun lama digunakan. Iye, itulah selipar Salim.
Aku punya hairan dengan Salim. Dia belajar di sini atas tanggungan biasiswa. Makanya, untuk kategorikan dia dalam kalangan pelajar yang tidak berkemampuan adalah suatu yang tidak masuk akal-lah. Dia mampu nak beli selipar baru kalau dia mahu.
"Salim, aku nak tanya kau sesuatu. Tapi kau jangan marah pulak." Pinta aku ketika Salim menyarungkan seliparnya.
"Apa yang aku nak marahnya. Kau bukan nak khianat aku pun. Hehe." balas Salim dalam tawa kecil.
"Aku ni pelik sebenarnya. Aku tengok selipar kau tu. Bukan nak menghina, tapi kenapa kau tak beli baru ja. Dah bertahun aku tengok selipar tu. Bukannya kau tak mampu."
Salim diam sekejap. Berfikir mungkin.
"Actually, bukan aku tak nak tukar selipar aku tu. Tapi sebenarnya, tu selipar arwah bapa aku. Bapa aku selalu pakai selipar ni ke masjid. Jadi, selagi mana selipar ni elok, selagi itulah aku akan gunakan selipar ni. Aku akan sentiasa doakan bapa aku bila aku nak ke masjid. Moga Allah ampunkan dosa dia selagi-mana kaki aku ni berjalan menuju ke rumah Allah. Itu motivasi aku nak terus berjemaah di masjid."
"Ok. Jom la kita balik rumah kau."
Sambil dalam hati, aku menangis kuat.

"Dan mereka yang tetap memelihara solatnya."
0 comments:
Post a Comment
MAKRIFAT OASIS