Kaki ini telah melangkah ke suatu dimensi permulaan kehidupan sebagai seorang siswa di Jordan University of Science and Technology. Hati ini juga telah merelakan dan mentaqrirkan suatu musafir untuk meneguk titisan oasis di landasan makrifat yang tidak pernah gersang dengan pengetahuan. Adapun musafir di dimensi baru ini bakal menghadirkan jutaan halangan hitungnya, menerjah sebuah keluhuran dan keazaman untuk insan yang benar-benar dambakan kejayaan dan gapaian redho Illahi.
“Life is a fair competition, we wanna win but by not defeating others”
Telah kususun satu persatu azimat dari ibu ayah yang mengharapkan seorang bakal doktor Islam lahir dan berbakti kepada agama. Masih terngiang ungkapan nasihat dan pedoman mereka ketika lambaian terakhir, yang aku sematkan di lubuk sukmaku yang paling dalam. Tinta berharga guru-guru serta teman sepermainan mahupun seperjuangan kujadikan wasilah penguat tapak-tapak jihad di bumi asing ini.
Kata ibu, “Jaga solatmu, kerana ia pelindung ampuh dari kemaksiatan bagimu. Peliharalah tawadukmu, agar tiada yang menaruh hasad padamu.Tuturkanlah doa, mohon perlindungan yang Maha Merancang Segala Urusan agar dipermudahkan urusan kepadamu. Walau jasad kami tidak mengiringimu, namun ingatlah hati kami sentiasa bersamamu.” Rintis air mataku mendengar pesanan ikhlas itu. Moga aku dapat melaksanakan segala nasihat yang dititipkan seorang insan bergelar ibu.
“Aku membuka mata dan melihat sketsa dunia. Aku memasang telinga dan mendengar stigma dunia. Aku menapak kaki dan melangkah mengenali dunia. Aku tahu dunia akan menjatuhkan sesiapa yang tidak berusaha mengenalinya”
Sudah kedengaran bertalu genta itu berdendang, meniup seruan menuntut pengetahuan. Teruskan langkahan sehingga kepenghujungnya walau tiada karpet merah direntang, walau tiada jalan mudah dibentang. Mencari yang hebat itu, mehnahnya juga hebat. Jangan berani bermimpi, menggapai puncak tertinggi, jangan berani beranganan, menyelam di dasar lautan dalam, andai dugaan sekelumit, sudah gusar mengadah, andai rintangan secebis, sudah lelah dan mengah. Moga dipermudahkanNya..
semoga berjaya di sana :)
ReplyDeletedoa ibubapa sentiasa menjadi kekuatan seorang anak.. inshaallah.. semoga berjaya..
ReplyDeletethanx jadi follower blog saya. salam ukhuwah :)