Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Friday, August 19, 2011

BERPISAH ITU LUMRAH


“Hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah akan sentiasa hidup”
     Tika itu, kaki ini melangkah ke sebuah bumi yang begitu asing bagiku bagi meneruskan cebisan likuan kehidupanku bersama matlamat yang aku garap atas namaNya. Di bumi INTEC tiada siapapun yang aku kenali lantas kurasakan betapa kerdilnya diriku ini. Aku teruskan musafir ini bagi menimba sejuta pengalaman walaupun pahit duka setia di hadapan, menanti menggoyahkan si lemah.


    Di bumbung MEJ01 kita bernaung. Pelbagai citra kemanisan kita lakarkan bersama momen-momen terindah. Walau kadangkala seakan ada khilaf menjadi jurang antara kita, namun kita pertahankan atas nama cinta kita. Saling mengenali, saling menyelami dan saling memahami antara satu sama lain. Tanpa kusedari, disinilah destiniku banyak merubah diriku.
    Aku mula mengenal apa itu rencah kehidupan. Perjalanan jauh yang memerlukan kekuatan. Ombak setia menghempas ke tepian andai perisai keimanan tidak kita siagakan. Ia satu pentas wayang dan kita adalah wataknya. Lakonan yang bagus akan memberi impak pragmatik kepada penonton namun andai kita si pelakon yang buruk, maka di strata masyarakat seburuk itulah pandangan mereka.
    Sahabat yang kucintai atas nama Yang Maha pencipta. Ketahuilah, bahawa hati ini bakal merinduimu. Merindu saat-saat di mana hati kita menjadi satu, merakam sebuah senyuman dan bertautan atas sebuah kasih sayang. Berpimpinan tangan menuruni lurah yang curam dan bergenggaman erat mendaki gunung impian.
     Bisakah kita lupa pada Amin dan Adiba. Dua insan yang menggalas amanah dengan setia. Si Taufiq Aris yang lantang suaranya. Ikmal, Topek dan Paan yang gila-gila orangnya. Syamir si pemalu yang bijaksana. Senyuman Hafizullah yang memikat si jelita. Juga Fattah yang digosipkan dengan Yuhana. Wafi Bizami, orang klate asalnya. Iqbal Adelee si pelakon berjaya. Dan si Muazan yang kita titlekan gedik untuknya. Bisakah kita lupa??
     Ingatkah kita pada si comel Muneera yang ceria. Insan cemerlang bernama Faraha. Juga si Husna yang petah menyusun kata. Dua Kisasians Farhana dan Farahana. Suara unik milik puteri Syahira. Awanis dan Nadirah pelengkap kelas kita. Tidak dilupa, Tengku dan Ekin yang berwibawa. Si Maisara yang garang wajahnya. Huda dan Jasmine yang sentiasa meriahkan suasana. Ingatkah kita??
     Pensyarah-pensyarah yang budiman. Keringat yang  kau taburkan untuk anak-anak watan adalah keringat jihad.  Anda mengajarku sebuah kedewasaan. Adakalanya aku cuba mengerti seribu siratan di sebalik suratan, namun aku gagal. Andai ada khilaf aku lakukan, kususun rapi sepuluh jari meohon kemaafan. Ketahuilah, setiap titis peluhmu hanya Allah selayaknya membalas. Kau mendidikku tinta-tinta pengetahuan yang amat bermakna sebagai suluhan sebuah kesuraman jalan hidupku.

“Detik mempertemukan kita, dan detik jualah yang menjadi pemisah antara kita”
    Ingatlah teman-teman. Pertemuan kita pertemuan yang menjunjung kalimah Allah. Melakar garisan mujahadah di pinggiran jahiliyyah. Maka, biarlah perpisahan kita, perpisahan yang mendapat redho Allah.  Aku iringkan perpisahan ini dengan air mata. Bukan kerana gundahnya jiwa. Bukan kerana sebaknya dada. Tapi, kerana aku benar-benar bahagia diberi peluang oleh Yang Maha Esa bertemu insan-insan yang memberi makna dalam hidupku.
“Jangan diucap selamat tinggal tetapi ucaplah semoga berjumpa lagi. Andai tidak di bumi Allah kita bertemu, insyaAllah di jannatul Firdaus di bertamu”
    Semalam kita saksikan seroja itu mekar, mengembang kelopak-kelopak kemesraan, disimbah mentari pagi. Betapa indahnya. Hari ini, layulah sudah seroja yang kita bajai dengan baja keikhlasan dan disirami dengan titisan kejujuran. Marilah kita suburkan ia kembali dengan ukhwahfillah abadan abada. Akhir sekali, warga INTEC. Andai esok anda mendengar khabar kematianku. Andai esok tiada lagi buatku. Tiada lain wasiat pintaanku. Unjurkanlah buatku Fatihah seikhlasnya. Agar tenang rohku pergi bersama-sama kenangan ini. InsyaAllah, bertemu kita di pintu syurga.

4 comments:

  1. sgt menarik penulisan nie...moga perkongsian akn datang lbh menarik lg,,,hehehe...i like it...=)sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  2. syuran anonymous.. nsyaAllah saya aan perba penulsan saya spy lbey baik

    ReplyDelete

MAKRIFAT OASIS