Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Monday, September 3, 2012

MENDIDIK REMAJA MUSLIM



Judul : Mendidik Remaja Muslim Menjadi Orang Beriman & Bertaqwa

       Penulis : Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni (Penulis Buku La Tahzan)

Terjemahan oleh : Muhammad Akhyar Nasution Syahrin Jasmi

::Sekilas Pandang::

1) Seorang pemuda itu SEMESTINYA memiliki cita-cita yang tinggi dan mulia. Tujuan kita BUKAN kereta, nyanyian, senda gurau, dan kesenangan semata. Kita memiliki tujuan mulia, iaitu syurga yang luasnya seperti langit dan bumi, cinta pada Allah dan rasul-Nya, mengangkat agama Islam di dunia, meluruskan jalan umat, mengulang sejarah yang cemerlang, mengembalikan manusia kepada Allah, membangun dunia, serta menegakkan keadilan di alam ini. (m/s 76)


2) (Ada pemuda) menyendiri atau mengasingkan diri dari masyarakat dengan alasan bahawa tempat itu sudah menjadi sarang kemaksiatan, orang-orang telah berdosa, dan dosa mereka sangat banyak. 


Ini adalah kesalahan besar. Para nabi TIDAK diutus ke gua. (m/s 108 & 109)

3) Ada orang bertanya kepada Ibnu Abbas : " Bagaimana engkau dapat memperoleh ilmu? " Dia menjawab : " Dengan akal yang berfikir dan lisan yang banyak bertanya. "

Bukanlah menjadi syarat bahawa pengetahuan itu harus dengan memiliki banyak buku, tetapi pengetahuan dapat diperoleh dengan membaca, BUKAN dengan memiliki banyak buku. (m/s 112 & 113)

4) Ibnu Taimiyah berkata : " Setiap muslim memiliki dua kelahiran, iaitu pada ketika dilahirkan ibunya, dan pada hari ketika diberi petunjuk dan megikuti Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak dilahirkan pada kelahiran yang kedua, maka kelahiran pertamanya TIDAK BERMANFAAT, kerana kelahiran pertama sama dengan kelahiran haiwan, binatang ternak, burung, dan binatang lainnya. " (m/s 144)

5) Di mana pengaruh ilmu yang telah dipelajarinya terhadap kehidupan dan ucapannya? Tindakan harus disertai dengan ilmu, kerana ilmu semata tidak dapat menyelamatkan pada hari kiamat. Iblis BERILMU tetapi TIDAK BERAMAL, dan kamu telah mengetahui tempat kembalinya. (m/s 188)

::Komen musafir::
" Garapan idea yang sangat baik menyentuh perihal krisis remaja sekarang, dengan pembentangan solusi yang boleh diaplikasikan sebagai 'senjata' menangani masalah2 remaja yang mungkin wujud di sekeliling kita "
Qulasah, kalau anda mahu hati anda disentap dengan persoalan-persoalan yang membuatkan anda tak berhenti berfikir dan menggaru kepala walaupun tidak gatal, maka jadikan buku ini sebagai bahan bacaan dan penelitian anda.

2 comments:

  1. ana lagi segan dengan enta. hehe. apapon, nnti ana contact anta utk dale3 kasrsyak. hehe.

    ReplyDelete

MAKRIFAT OASIS