Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Tuesday, September 20, 2011

GENTA YANG BERDENDANG

          
        Kaki ini telah melangkah ke suatu dimensi permulaan kehidupan sebagai seorang siswa  di Jordan University of Science and Technology. Hati ini juga telah merelakan dan mentaqrirkan suatu musafir untuk meneguk titisan oasis di landasan makrifat yang tidak pernah gersang dengan pengetahuan. Adapun musafir di dimensi baru ini bakal menghadirkan jutaan halangan hitungnya,  menerjah sebuah keluhuran dan keazaman untuk insan yang benar-benar dambakan kejayaan dan gapaian redho Illahi.
“Life is a fair competition, we wanna win but by not defeating others”

Friday, September 16, 2011

JUST BEFORE A SECOND TOO LATE


“Just look at the stars. They’re all glancing at you with their smiles as they hope the same from you. Please get rid of your priceless tears so that they wouldn’t fall and shade the beauty of the stars.”

Friday, August 26, 2011

SETIA DAN SEDIA DALAM IKATAN


“Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.

Friday, August 19, 2011

BERPISAH ITU LUMRAH


“Hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah akan sentiasa hidup”
     Tika itu, kaki ini melangkah ke sebuah bumi yang begitu asing bagiku bagi meneruskan cebisan likuan kehidupanku bersama matlamat yang aku garap atas namaNya. Di bumi INTEC tiada siapapun yang aku kenali lantas kurasakan betapa kerdilnya diriku ini. Aku teruskan musafir ini bagi menimba sejuta pengalaman walaupun pahit duka setia di hadapan, menanti menggoyahkan si lemah.

Tuesday, August 16, 2011

JADILAH SEPERTI TAPAK SULAIMAN



    Di sebuah kampung, tinggallah seorang budak bersama bapanya yang telah menginjak ke usia tua. Mereka berteduh daripada terik mentari dan kesejukan malam di sebuah pondok usang yang letaknya berhampiran dengan pantai. Dek kemiskinannya budak itu tidak mempunyai teman sepermainan dan hanya pantailah pengubat kesedihannya.

Friday, July 29, 2011

MANISNYA SYUKUR ITU


Travelog sebuah perjalanan ibarat meniti likuan berduri. Tiada hamparan karpet merah mahupun dihias mahligai terindah. Jajaran onak di pelabuhan tanpa tepian. Kadangkala berombak menghempas tanpa kasihan. Ramai tersungkur ditimpa sekelumit ujian. Tak kurang pula karam dalam lautan keduniaan.

Monday, July 18, 2011

ABANG, ADILKAH TUHAN ITU??

      Seusai solat, ku labuhkan jasadku atas sebuah pondok usang yang tercantum dari kepingan papan keringat seorang ayah. Lantas memori kukisarkan melewati silam-silam berduka berteman rintis air mata. Purnama redup dalam nurnya, menyelimuti kepiluan atmaku seolah mengerti gelombang yang berombak dalam setiap nadiku. Pungguk terus bersahutan, menyulam bait irama melankolik, melitup kesuraman malam di alam sarwajagat. Begitu tenang alam ciptaan Allah mengalunkan zikrullah padaNya.

Saturday, July 9, 2011

KELUHAN SI PENDOSA


 Sudah simpulan fitrah, makhluk yang bernama manusia akan pasti menghadapi suatu detik di mana tangisan si ibu tidak akan dapat menyelamatkannya waima ratapan si bapa tidak akan dapat membantunya. Dan detik itu adalah detik kematian. Detik roh akan meninggalkan sekujur tubuh terkaku di perbaringan, membawa bersama amalan duniawi menuju destinasi yang paling pasti iaitu ukhrawi.