Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]


Wednesday, June 4, 2014

SONGKOK



          Kisah ini berlaku dalam lewat tahun 2004 atau 2005 ketika aku dibawa oleh Ustaz Salleh ke sebuah pertandingan di peringkat daerah menaiki pacuan empat rodanya.

          Ustaz Salleh yang aku kenali sangat lemah lembut pekertinya, sering berpakaian segak dan suka menasihati pelajarnya. Tidak sedikit ilmu yang dicurahnya, tidak sedikit kalam nasihat yang dituturnya dan tidak sedikit pedoman hidup yang ditunjukinya.

          Seperti kebanyakan pelajar kampung lain yang rata-rata, ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah, aku sangat menghargai apa yang aku miliki. Tambahan, jika sesuatu itu datangnya daripada ibu bapa, guru-guru atau orang lain. Aku pasti akan memanfaatkan dan menjaganya.

Tuesday, May 27, 2014

SELIPAR BAPA

"Fuuhh...Fuuhh.."

"Kau dari mana ni Salim? Kenapa tercungap semacam?"

Salim yang muncul entah dari mana, aku sapa. Aku urut belakang Salim. Moga-moga hilang la sedikit cungapnya. 

"Aku dari rumah ni. Jom-lah cepat gerak ke masjid. Dah iqamat tu."

Itulah Salim. Antara sahabat yang sentiasa menjaga solatnya. Dan yang penting, seorang yang juga peduli tentang solat sahabatnya yang lain.

"Amboi, aku yang jalan lagi laju dari kau. Tengok tu, masih tercungap lagi tuh." Gurau aku dengan Salim.


Monday, August 12, 2013

AKU BELUM FAHAM MAKNA UKHWAH


Allah berfirman :

" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai...." ( surah 'Ali Imran : 103 )

Jika ditanya apa antara perkara manis yang ingin dilegasikan kepada anak-anak atau generasi masa depan, sudah pastinya setiap insan punya jawaban tersendiri. Begitu juga aku.

Aku juga punya cerita sendiri yang aku harapkan boleh diteladani seandainya punya kebaikan padanya, aku juga punya momen realiti yang aku harapkan boleh diterjemahkan sebagai pedoman meneruskan kehidupan.

Wednesday, March 27, 2013

SHHHHHH...


      Aku berlegar di ruang utama KL Sentral. Mencari-cari musolla untuk menunggu masuknya solat maghrib. Ah, penat seharian memang akan hilang andai disentuh air wudhu'. Allahu rabbi.


     Sampai di musolla, aku lihat tak berapa ramai orang di situ. Kebanyakkan mereka sedang menunggu masuknya waktu maghrib. Ada juga, yang masih berjemaah, menunaikan solat asar, mungkin.


     Kucari suatu sudut di musolla, ingin merehatkan badan dan melepaskan peluh. Nikmat terasa apabila dapat menyandarkan badan pada dinding musolla.


Monday, November 26, 2012

JAMBATAN ITU MANA TUJUNYA

" Alah, dia ni asik2 hantar mcg. Islamik konon. Ntah pape. Bajet nak mam. Kongsi ayat la segala bagai. " Monolog Muslih di keheningan syita suatu malam.

 

Terpalit ingatan Muslih pada suatu figura berambut kerinting, berkulit hitam manis. Imej ala-ala tabligh Saif kadang kala merimaskan Muslih.

" Ko kawan ngan mamat skemaaaa tu ? Mana stended dowh bro ! " syaitan cuba mengetuk tembok2 persahabatan yang mereka bina dengan kepercayaan utuh antara satu sama lain. Benar. Kadang2 berkawan tu bukan senang, kerana pasti ada jua yang kurang ber'kenan' dengan ikatan tersebut.
Hati Muslih tetibe panas. Dia nekad untuk menyuruh Saif berhenti menghantar mcg2 islamik yang selalu di hantarnya di kala malam.