Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Tuesday, August 16, 2011

JADILAH SEPERTI TAPAK SULAIMAN



    Di sebuah kampung, tinggallah seorang budak bersama bapanya yang telah menginjak ke usia tua. Mereka berteduh daripada terik mentari dan kesejukan malam di sebuah pondok usang yang letaknya berhampiran dengan pantai. Dek kemiskinannya budak itu tidak mempunyai teman sepermainan dan hanya pantailah pengubat kesedihannya.


    Suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Ini menyebabkan air pasang dan paras air di pantai meningkat. Setelah pantai kembali tenang, si budak itu turunlah ke pantai dan mendapati begitu banyak tapak-tapak sulaiman yang terdampar dihanyut dek ombak ke tepian. Lantas, tanpa berfikir panjang budak itu mengutip tapak-tapak sulaiman tersebut dan mencampaknya kembali ke laut.
Si ayah yang sedang mencarinya terlihat perbuatannya itu dan berkata,
          “Wahai anakku, apa yang kamu lakukan terhadap tapak-tapak sulaiman yang telah mati itu? Adakah kamu fikir yang mereka akan hidup kembali walaupun kamu telah mencampakkannya kembali ke laut?”
Si anak dengan tenang menjawab,
          “Ayahku,walaupun aku tahu si tapak sulaiman yang terdampar ini kelihatan semuanya telah mati, namun aku pasti ada antara mereka yang masih bernyawa. Aku ingin kembalikan kehidupan kepada mereka supaya mereka dapat kembali dan berbakti kepada laut serta alam yang memerlukan mereka. Dan aku tidak akan berhenti mencampakkan bangkai-bangkai ini ke laut sehinggalah sampai ke tapak sulaiman yang terakhir.”

     Si ayah berasa begitu sebak dengan kata-kata anaknya dan terus membantu si anak mengutip tapak sulaiman untuk dikembalikan ke laut dengan harapan jikalau tidak sepuluh yang masih hidup, sekurang-kurangnya lima yang bernyawa. Kalau tidak lima,sekurang-kurangnya satu tapak sulaiman yang hidup untuk  terus menyumbang dan berbakti kepada laut serta alam ini.
    Kita adalah antara ribuan tapak sulaiman yang terdampar. Ramai antara kita akan mati dalam travelog sebuah kehidupan tanpa dapat menyumbang apa-apa. Jadilah seperti tapak sulaiman yang masih hidup itu, agar dengan kehadiran kita dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan yang paling penting kepada agama kita. Janganlah kita mati selain di jalan jihad untuk agama dan hiduplah kita dengan azam untuk terus membantu Islam yang kita yang kita cintai.


1 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

MAKRIFAT OASIS