Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Thursday, September 6, 2012

SULUHKAN UNTUKKU

 

Siang berganti malam, terang bersilih kelam, nafsu berimbang amalan, susah berputar senang. Meraka2 adalah suatu norma yang menyinggahi detik-detik hidup insan dan merona perjalanan panjang menemui Tuhan. Warna-warni chenta.
Badai dan gelora berimpalan menggulung dalam kesuma lelaki itu. Lewat 30-an usianya, namun urat-urat tua merenteti wajahnya menghurai kecamuk identitas dan pemikirannya. Baris kekuningan gigi menjelekkan senyuman yang tampak tawar, tiada seri.

Terhuyung lelaki itu menapak. Dunia sekeliling berputar tiga ratus enam puluh darjah, sesekali terdengar bingit suara yang mengusik, namun dia lontar entah tanpa peduli. Botol arak ditangannya yang masih berbaki sedikit terus diteguk.
Impian dan anganan hanya suatu coretan di kanvas kosong, tiada berwarna, tiada berlakar ekspresi dan asosiasi yang kecundang, ditatap tanpa erti.
Kepalanya terasa begitu pening. Seolah-olah ada rasa yang mencengkam, mencucuk-cucuk dari dalam. Bagai diterbang angin, namun kakinya sudah tidak punya kudrat menampung gempita yang mengocak harmoninya, akhirnya dia rebah mencium bumi. Botol arak yang digenggamnya terlepas dari tangan, lantas melerai serpihan kaca di atas jalan yang dilatari sampah sarap dan lumut-lumut hitam.
            ***************************************************************
            “Encik Haris, kalau awak tak mampu nak hasilkan idea yang lebih daripada design cliché yang sudah berpuluh manusia buat, saya nasihatkan lebih baik awak angkat kaki. Saya tak faham masalah awak dan saya pun tak mahu menambah masalah saya, tapi sebab awak, klien sudah ramai yang lari ketika pelaburan syarikat sedang optimum dan pasaran sangat menggalakan. Team syarikat kita memerlukan tenaga kerja yang lebih produktif dan proaktif, bukan merugikan syarikat”
            “Haris, ayahmu semakin tenat di hospital. Sudah tentunya dia memerlukan perbelanjaan yang begitu banyak. Kepada engkaulah ibu harapkan selain Tuhan. Kau anak sulung. Takkan nak harapkan adik-adik kau yang masih belajar lagi.”
            “Ooo, itulah anak Kak Beah yang dibuang kerja. Dengar cerita prestasinya di syarikat ternama tu jatuh merudum. Tu la, masa tengah kaya dulu berlagak sangat dengan orang kampung. Kalau aku isteri dia, dah lama aku minta cerai. Dunia oh dunia. Semalam aku tengok kau di puncak, sekarang kau kat bawah dipijak”
            “Encik Haris, untuk mengelakkan nama encik di black list oleh mahkamah, saya harap encik dapat tunaikan tunggakan dan bunga hutang encik yang hampir mencecah sejuta. Saya percaya, encik faham apakah kesan-kesan yang akan ditanggung oleh encik seandainya nama encik di black list. Nasihat saya, sewajarnya encik mencari alternatif untuk menjelaskan kesemua hutang tersebut. Atau…”
            Kesemua masalahnya satu persatu menyergah, bagai suatu paparan sketsa yang menyakitkan.
        ******************************************************************
“Arghhhh…”
Haris memegang kepalanya. Berat. Dilontarkan pandangan ke segenap ruang. Kelihatan beberapa nurse sedang memeriksa pesakit.
Dia  kini rupanya sedang berada di hospital. Tidak pula dia tahu siapa yang menghantarnya ke situ. Dipanggilnya nurse yang sedang mencatit sesuatu pada laporan pesakit.
“Nurse, bagaimana saya boleh berada di sini?”
“Seorang lelaki bernama Faizal. Katanya dia kenalan saudara. Semua perbelanjaan hospital pun ditanggung oleh beliau.”
“Boleh saya minta tolong nurse call dia dan kata saya nak berjumpa dengannya. Minta maaf terpaksa menyusahkan nurse.”
“Tak mengapa. InsyaAllah nanti saya call. Saudara berehatlah dahulu, saudara masih kelihatan tak bermaya.”
“Terima kasih nurse.”
“Sudah tugas saya.”
            ******************************************************************
            “Faizal, kenapa kau nak menyibuk pasal aku. Aku tahu la kau nak bodek cikgu-cikgu kat sini dan suruh diorang anggap aku jahat kan.”
            “Aku tak pernah pun terpikir macam tu. Aku cuma..”
Memori puluhan tahun dahulu sewaktu era persekolahan kembali menjengah.
            “Assalamualaikum. Amboi jauhnya menerawang.” Faizal memberi salam sambil cuba membuat telahan.
            “Waalaikumussalam. Tak da la. Cuma terkenangkan zaman sekolah dulu. Zaman remaja.”
            “Apa khabar kau? Dah lama aku tak dengar cerita kau. Alhamdulillah kita masih berjumpa lagi.” Faizal menyatakan isi hatinya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil sakit Haris.
            “Macam ni la Faizal. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin Tuhan ingin membalas segala kejahatan yang telah aku lakukan dulu. Aku kusut sangat. Aku dah tak tahu nak berkongsi dengan siapa.”
            “Sabarlah Haris. Percayalah Allah sentiasa inginkan yang terbaik untuk hambaNya. Dia rencanakan perancangan yang indah-indah untuk keperluan hambaNya. Cuma kekadang kita sendiri yang meletakkan diri kita dalam keadaan hina. Ceritalah kat aku. Aku sedia mendengar.” Empati kian merona dalam jiwa Faizal. Hasil tarbiah ummi dan abi semenjak kecil supaya memahami hati orang lain.
            “ Jiwa aku kacau. Masalah datang bertimbun. Aku dipecat, hutang bank dan rumah menambah, dan macam-macam lagi. Apa Tuhan tak sayang aku? Dan ingin membiarkan aku terus menderita?” luah Haris dalam rendah nadanya.
          “Itulah salah kita. Sentiasa salahkan Tuhan. Jiwa yang jauh tak pernah kita dekatkan padaNya. Kalam-kalam cintaNya dibiar berdebu dalam almari lusuh. Tikar sejadah gunanya bermusim. Kita perlukan Tuhan, tapi adakah kita sentiasa mencari jalan untuk mendekat diri padaNya?” Tutur Faizal lembut dengan harapan hati sahabatnya itu terbuka menerima nasihat.
Faizal mengambil senaskah terjemahan Quran dari dalam begnya sambil menghulurkannya kepada Haris.
            “Bacalah ayat-ayat cinta Allah. Fahami dan hayati maknanya. Itulah mesej kasih sayang Tuhan pada hambaNya. Rata-rata setiap dari kita mampu mengkhatamkan bacaan Quran namun tak pernah nak memahami dan mentadabbur ayat-ayatnya. Macam mana kita nak merasa Allah sentiasa bersama kita?”
Faizal menamatkan kalamnya sebelum meminta izin kerana ada sedikit kerja.
            “Oh, sebelum terlupa. Aku nak ajak kau join ‘bulatan gembira’ aku dan beberapa sahabat lain supaya kita dapat saling mengingati satu sama lain. Itupun kalau kau dah bersedia.” Kata Faizal sambil merangkul begnya dan berlalu pergi.
            Haris menyelak helaian demi helaian. Tiba-tiba air matanya jatuh berderai saat membaca ayat 186 surah al-Baqarah;
            Dan apabila hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran”
            ***********************************************************
Sebulan berlalu. Haris lebih bahagia. Dia sudah kenal cintanya. Lambaian sayonara untuk jahiliyyahnya. Dengan bantuan Faizal dan setentunya keizinan Allah, segala masalahnya telah berjaya diselesaikan.
            “Assalamualaikum. Ni Faizal ke yang bercakap?”
            “Ye aku ni. Ada apa Haris?”                
            “ Boleh ke aku nak join ‘bulatan gembira’ dengan kau?”
Tiada kata yang terlucut dari bibir Faizal melainkan zikrullah memuji kebesaran Allah kerana Dia telah membuka pintu hati sahabatnya itu. Moga destini ini merintis jalan-jalan untuk bersama meniti ke syurga.


2 comments:

  1. enta lagi mantap :) tak sabaq nak berguru dgn enta. ukhwah fillah.

    ReplyDelete

MAKRIFAT OASIS