Pages

Subscribe:

Labels

  • Pedoman Al-Quran

    " Ayat-ayat cinta Allah, penyuluh jalan menuju keabadian dan keredhoan. "

  • Persahabatan

    " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat. " (Riwayat Ahmad)

  • Ekspresikan Diri

    " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

  • Maha Suci Allah

    " Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. " [Al Ikhlas : 1]

Wednesday, June 4, 2014

SONGKOK



          Kisah ini berlaku dalam lewat tahun 2004 atau 2005 ketika aku dibawa oleh Ustaz Salleh ke sebuah pertandingan di peringkat daerah menaiki pacuan empat rodanya.

          Ustaz Salleh yang aku kenali sangat lemah lembut pekertinya, sering berpakaian segak dan suka menasihati pelajarnya. Tidak sedikit ilmu yang dicurahnya, tidak sedikit kalam nasihat yang dituturnya dan tidak sedikit pedoman hidup yang ditunjukinya.

          Seperti kebanyakan pelajar kampung lain yang rata-rata, ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah, aku sangat menghargai apa yang aku miliki. Tambahan, jika sesuatu itu datangnya daripada ibu bapa, guru-guru atau orang lain. Aku pasti akan memanfaatkan dan menjaganya.


         
Ketika di sekolah, aku sangat suka memakai songkok. Songkok yang aku pakai merupakan 'turun-temurun' dari abangku. Makanya, size songkok tersebut lebih besar daripada kepalaku. Selain itu, ia juga kelihatan agak lusuh. Namun, itulah hanya songkok yang aku ada.

        Nak dijadikan cerita, songkok tersebut jugalah yang aku pakai ketika pertandingan tersebut. Satu habit yang aku sangat hormati tentang Ustaz Salleh adalah dia suka melayan pelajarnya seperti anak-anaknya sendiri.

        Alhamdulillah, ditakdirkan aku memenangi pertandingan tersebut. Tersenyum lebar ustaz Salleh. Dia mengusap kepalaku dengan bangga. Disebabkan songkok yang aku pakai ketika itu besar, maka songkok tersebut akan jatuh menutup muka apabila kepalaku diusap oleh Ustaz Salleh.

       Makanya, setiap kali Ustaz Salleh mengusap kepalaku, setiap kali itu jugalah aku terpaksa membetulkan semula posisi songkok tersebut.

       Dalam perjalanan pulang ke sekolah, Ustaz Salleh singgah di kedai songkok dan menghadiahkan songkok baru kepada aku. Betapa gembiranya aku waktu tu hanya Allah yang tahu.

       Ternyata pada hari itu, aku mendapat dua kemenangan. Pertama, kerana memenangi pertandingan yang aku sertai. Dan kemenangan kedua yang lebih penting adalah apabila aku tahu Ustaz Salleh merupakan seorang yang sangat peka tentang anak-anak didiknya dan menyayangi mereka sepenuh hati. Itulah antara momen paling bahagia dalam hidupku. Menerima pemberian daripada seorang yang bernama guru.

      Akhirnya, selepas tamat UPSR pada tahun 2005, aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di Selangor. Songkok itu jugalah yang aku bawa untuk terus mencari sebuah kejayaan.

     Buat Ustaz Salleh, walau di manapun Ustaz berada, anda tetap di hatiku. Doa saya, agar Ustaz sentiasa bahagia dan dirahmati Rabbi.

1 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

MAKRIFAT OASIS